Friday, August 28, 2009

Sebuah cederahati merupakan karikatur TPM,
semasa sambutan Hari Guru 2009 yang dijayakan
di Kuala Terengganu pada 14 Mei 2009.

Sunday, August 23, 2009

Pengisian Usik-usik.

Buku ni berkisar tentang kisah dunia pendidikan. Inilah buku yang kartun pertama di Malaysia memfokuskan tentang dunia pendidikan semata-mata. Samada pelajar, guru, ibu bapa, mahupun tukang kebun dan mak cik kantin pun ada diselitkan dalam karya sinikal ini. Mungkin salah satu diantara kartun ini membangkitkan nostalgia yang pernah dialami sesiapa yang menatapnya. Selain itu karya ini juga padat dengan mesej-mesej yang berwawasan dan sindiran-sindiran yang pedas. Buku ini sesuai untuk tatapan umum dari peringkat
kanak-kanak hinggalah yang veteran. Pasti mencuit hati..! Carilah buku ini di kedai buku yang berdekatan.

Wednesday, August 19, 2009


Pelancaran Usik-usik di Johor oleh Perdana Menteri
sempena Minggu Saham Amanah Malaysia pada
19 April 2009.

Friday, August 7, 2009


Usik-usik...Hasil karyaku untuk dunia pendidikan.

KOMPILASI Usik-Usik bukanlah ilham kartun biasa
kerana pelukis cuba menterjemahkan isu semasa
dunia pendidikan yang menghiasi dada akhbar
ke dalam bentuk kartun bermesej.
Beberapa kartun yang tersiar dalam kompilasi ini
mungkin telah menjadi koleksi peribadi peminat
tersendiri ruangan ini, atau telah ditampal di belakang
bilik darjah, bilik guru atau papan notis sebagai bahan
usikan yang ditujukan kepada individu tertentu, atau
sekadar hiburan kerana tempias mesejnya pasti terkena
kepada ruang dan individu.